Followers

Search This Blog

Anniversary tickers

About Me

My photo
Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥

Sunday, 18 March 2012

mee siput






pernah makan mee siput?? kalau orang muar johor tahu lah apa itu mee siput sebab itu makanan ringan bagi orang muar. macam ak lah orang muar yang sangat gila kan mee siput waktu kecil - kecil dulu.



mee siput nie sejenis makanan ringan yang sangat rangup kalau betol - betol tau cara gorengnya. masa kecik - kecik dulu memang suka sangat lagi - lagi makanan ringan yang digoreng serius suka sangat. time duduk dekat muar ada jiran nie jual 1keping 25sen makan dengan sambal yang pedas - pedas walaupun sambal tu sejuk. bungkus dengan surat khabar siap colit sambal yang banyak dekat surat khabar walaupun banyak karbon. pedulik apa kan kalau dah sedap. sangat murah beli sekali dengan aiskrim malaysia, sebatang 10sen. murah gile kan.



minggu lepas balik rumah dengan akak aku dayah, die beli mee siput nie, beli online pos dekat rumah. bukan main girang lagi aku dapat makan mee siput setelah sekian lama. petang jumaat dah goreng, nak goreng mesti dengan api yang besar minyak yang banyak, kene betol - betol panas minyak tu baru boleh goreng sebab kalau tak panas dan tak banyak minyak mee siput nie tak kembang betol dan tengah akan mentah dan keras sebab tu kene betol - betol panas nanti die kembang dan sedap dikunyah. dayah pula buat sambal. mak aiiii..kemain pedas nya..kemain lah laju aku makan.


saiz piring. besarkan??

makan tak henti - henti siap simpan tak goreng semua takot cepat habis.HAHA!! pagi makan, tengah hari makan, petang makan, malam makan, tengok tv makan, selagi tak habis selagi tu lah makan. time kunyah tu krup krap krup krap bunyiknya. peerrrgghhh!!bukan main sedap lagi dengan sambalnya..alamakkkk aaaaiiii...keje asik nak mengunyah jek..




nie dekat bangi teringat lagi kerangupan dan keenakan mee siput tersebut.  kemaruk betol ak nie dengan benda alah yang tak memberi zat nie. HAHA!!




kalau korang nak cuba bagi yang tak pernah cuba boleh lah beli, goreng dan makan. korang boleh oder dekat facebook, korang taip jek mee siput muar. like dulu lepas tu oder lah. owner die ada jual yang dah siap goreng sekali dengan sambal senang boleh terus makan dan kalau ada event pape untuk diberi cenderahati untuk tetamu owner sendiri sanggup menyediakan dengan harga yang berpatutan bukan itu sahaja ada jugak jual ipad untuk kanak - kanak juga.







apa tunggu lagi bagi korang yang tak pernah makan rugi tak merasa. =)







babai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...