sebelum ini memang dah mengadu dekat incik sayang nak makan satay tapi permintaan tak layan sebab dia bz dan keluar pun selalu petang dan jangan berangan lah kalau dekat sini ada jual satay pada waktu siang. kalau di muar memang percaya sebab warga orang muar sarapan pagi makan satay.
disebabkan incik sayang kelmarin ajak makan satay kajang tapi aku tolak pelawaan nya buta - buta sebabnya sudah berjanji nak buat kerja dan bermoody dengan die maka hanya mampu telan air liur sahaja. HAHA!!. tapi kan tak kan aku nak biarkan anak tekak aku ni tersesak macam gitu saja maka mengadu lagi mahu kan satay juga tapi bukan itu jek tau nak mintak makan pizza juga. incik sayang hanya mampu mengeluh sebab kerja nak makan saja. hehe..
so semalam ajak pergi UK. satay sana sedap dengan kemanisan minyak satay itu kelembutan malah besar. dan orang ramai seperti biasa. owner kedai makan ni boleh diketogorikan sebagai usahawan berjaya sebab pada dulunya hanya satu kedai sahaja dan sekarang perniagaan nya semakin maju menjadi 3kedai sekali gus. WAAAAHHH....sila lah teruja.
okeh menu semalam satay + sup urat keting + 1 nasi putih + air limau + air sirap. aku kalau pergi kedai nie memang akan pandang satay sahaja lain dah tak pandang dan incik sayang makan nasi putih dengan sup urat keting. die tak pernah cuba dan bagi die rasa semalam, incik sayang cakap sup dia sedap. maka makan lah sampai licin sebab 2'2 lapar.
dan semalam belanja incik sayang sebab bulan ini tak pernah belanja die makan lagi. total semalam makan satay rm15 + rm11.70 = rm26.70
daging 5cucuk dapat extra 1 cucuk + ayam 10cucuk
p/s tunggu awal bulan boleh makan pizza pulak. yeay!! dengan incik sayang jek lah boleh makan sedap - sedap
bai