Followers
Search This Blog
About Me
- GadiS
- Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥
Thursday, 10 May 2012
steambot
steambot merupakan makanan yang paling berkhasiat kerana tidak mengandungi setitik minyak pun malah makanan ini hanya direbus dan dimakan panas - panas dan lagi enak direbus dengan kuah tomyam atau pun sup ayam. sangat bagus.
last makan time balik cuti buruh. biasanya makanan sebegini rupa memang akan buat sendiri dan makan dirumah sahaja kerana lebih mudah senang dan puas nak dibandingkan makan diluar. bukan itu sahaja malah makan dirumah lagi selesa antaranya korang boleh lah gaduh - gaduh dengan adik, akak atau abang berebut makan lagi comel kalau gaduh dengan emak dengan ayah korang. boleh senggol siku dengan orang sebelah tak pun berebut sos dan boleh men tarik rambut. itu juga boleh dinilai sebagai mengeratkan silaturahim antara adik - beradik dan juga kasih sayang. HAHA!!!
bila buat makan - makan macam gini aku lah orang paling suka dan gumbira sedunia sebab dapat makan yang penuh berkhasiat ini, mana tak nya sebelum makan kene makan kita men rebus - rebus dulu, alarh..macam main masak - masak..tak ke seronok macam tu..
macam biasa lah kalau bersteambot mesti ada sosej, isi ketam, udang dan juga bebola. MESTI ADA!!(perlu ke nak caps lock). itu kira bahan utama dan bahan sampingan adalah sayur, cendawan panjang macam taugeh dan jugak brocoli. itu jek rasanya, tak banyak pun bahan nya tapi puas bila makan bersama - sama keluarga. seronok ditambah pulak makan dengan sos lada hitam buatan sendiri. bertambah puas.
nasib lah kan dekat rumah ada dapur elektrik macam tu senang nak buat steambot bagai kan cuma sediakan bahan jek. bila - bila masa jek boleh buat.
nie tengah taip pun dok terbayang steambot ada di depan mata. hadoooiiii....sabar jek lah
kbai


