ini nak cerita pasal kasut
walaupun aku seorang perempuan tak semestinya kene banyak kasut.
haaa....sejak nak habis belajar nie kan macam rajin pulak beli kasut.
lepas satu..satu beli.
tapi - tapi semua kasut murah - murah tau.
walaupun bilangan kasut tidak segah mana tapi memberi keselesaan pada tuan nya(tak semua kasut). cewah!!
kalau korang perasan lah kan semua kasut aku semuanya flat.
sebelum nie ada pernah buat entry pasal kasut tinggi. korang boleh tengok entry sebelum - sebelum nie.
paling latest kasut aku beli iaitu kasut TOMS yang biru merah tu.
beli pun dekat uptown shah alam dengan incik sayang.
seliper oren tu pun kira baru juga beli time dating kaki pulak melecet mintak beli baru time tu juga, dapat lah lagi satu seliper jalan. selesa malah murah.(kan dah cakap tadi)
kasut putih tu banyak berjasa pada tuan kaki.
kasut tu lah bawak pergi kelas
kasut tu lah bawak pergi bengkel
kasut tu lah bawak pergi jalan - jalan
kasut tu lah bawak pergi dating
kasut tu juga lah bawak balik kampung
memang kasut putih tu lah banyak berhijrah kesana kesini dengan tuan kaki.
murah pun murah
kasut hitam dengan cokelat beli time praktikal kene pakai kasut formal.
beli dekat sunway piramid dengan incik sayang
beli 2 sebab incik sayang suruh beli
time tu tengah murah(sales)
kan dah cakap kasut aku murah
kasut tu pernah makan tuan punya kaki
kasut sampan(orang lain panggil) tu selesa sangat pakai
belum pernah melecet dan tak akan pernah melecet
beli pun dekat TBS
dekat situ kasut semuanya molek - molek cantik - cantik
bukan tu jek malah murah
hah kan dah cakap lagi murah kalau tak percaya juga tak tau lah
sendal kelabu tu dah lama sangat dah dan dah lama tak pakai tapi simpan dan bungkus dalam plastik taknak bagi dia berhabuk
beli dekat tempat aku harga aku tak ingat berapa tapi aku beli pun murah juga
dan kasut purple bling - bling tu aku beli dekat mid valley
harga aku tak ingat
pernah makan kaki tuan nya sendiri
walaupun tak banyak tapi boleh jadikan koleksi sendiri dan juga aku kasut high heels atau wedges dalam koleksi sendiri. dapat sepasang pun jadi lah janji ada..=)
sekian...
No comments:
Post a Comment