baru jek naik rehat nie. kenyang.
alhamdulillah..
hari ahad kami sekeluarga pergi Muar.
kalau korang nak tahuuu...
Muar adalah tempat kelahiran ku.
aku membesar di Muar.
aku sekolah di Muar.
kawan-kawan banyak di Muar.
segala kenangan suka dan duka banyak di Muar.
Muar adalah segala-galanya bagi ku.
Muar tidak pernah menghampakan ku terutama bab M.A.K.A.N.
Muar Muar Muar.
i love u Muar.
amboi kemain taksub beliau terhadap Muar.
kah kah kah
entry pasal Muar ini aku kaitkan pasal Muar dan MAKANAN
wah! entry pertama pasal tempat kelahiran dah kaitkan dengan makanan
memang tidak dinafikan bahawasanya tuan punya blog penggemar makanan!
bahahaha
dan semua orang tahu bahawa kewujudan MEE BANDUNG MUAR memang datang dari daerah Muar!
hekeleh..nama pun mee bandung 'Muar' sudah tentu lah dari Muar. apa daa
ini semua poyo!
ha ha
dan akhirnya... terubat rindu dapat makan mee bandung Muar.
yeay !! (muka bahagia)
dan ini buktinya !
nie tengah menaip pun masih teringat keenakkan mee bandung tersebut.
waaahhh...terliur pulak!!
aku pernah makan mee bandung selain dalam Muar, memang rasa tak sama kalau sama pun sipi-sipi jek.
kalau mee bandung tempat lain rencah dalam tu apa jek, daging(tu pun tak banyak), telur(tu pun kadang-kadang takde) dan sayur.
tapi tak mee bandung Muar nie, semua ada, telurnya..daging yang banyak..sayur yang banyak..ada sotong lagi..sotong dia pun banyak.kira makan tu memang puas hati lah.
lokasi paling enak adalah di TAMAN TUN SYED NASIR.
masih tidak tau dekat mana??
sila gunakan khidmat pelan prabayar GOOGLE.
kah kah kah
kalau korang pergi Muar jangan lupa singgah makan mee bandung tau..
selain mee bandung, Muar juga terkenal dengan MURTABAK SINGAPORE tau. murtabak dia..tak sama dengan yang lain. nak tau sebab apa?? daging dia yang memang super banyak dan tebal. tak caya???
selain mee bandung, Muar juga terkenal dengan MURTABAK SINGAPORE tau. murtabak dia..tak sama dengan yang lain. nak tau sebab apa?? daging dia yang memang super banyak dan tebal. tak caya???
ini kedai dia. dekat dengan tanjung agas.
10minit dari mee bandung muar
(gambar incik google)
tengok lah terliur kan??
dalam..atas..bawah..penuh dengan daging.
tak sama macam pasal malam jual.
yang nie penuh dengan daging.
(gambar incik google)
kalau yang betul-betul singapore punya murtabak kene makan dengan kuah nie tau bukan dengan kuah kari atau kuah dal.
nie owner kedai buat sendiri.
memang kene makan dengan hirisan timun.
macam rasa sos tomato tapi ada cara buat dia.
sedap tau..
(gambar incik google)
ini namanya carik 'PASAL' !
ada kang malam cari satay..
(gambar incik google)
korang percaya tak di Muar satay di makan pada waktu pagi??
mesti tak caya kan..tau da..
tapi korang kene percaya lah memang sarapan pagi ada satay.
boleh makan bila-bila masa saja.
pagi, tengah hari, petang dan malam.
tak payah susah-susah seksa tekak nak tunggu malam semata-mata nak makan satay.
sebenarnya banyak lagi makanan yang menarik dekat Muar. kang senarai satu-satu berjelar-jelar pulak entry nie ek.
ha ha
sebelum tutup entry nie aku nak ingatkan kalau pergi Muar korang kene cari dan cuba menu nie :
- Mee Bandung Muar
- Murtabak
- Satay
- Mee Siput
WAJIB cuba tau !
No comments:
Post a Comment