Followers

Search This Blog

Anniversary tickers

About Me

My photo
Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥

Tuesday, 5 March 2013

Telefon bimbit



seingat aku first time pakai telefon bimbit nie pada tahun 2007 macam tu lah kalau tak silap aku. habis sekolah,masa tu aku pakai telefon bimbit bapak aku kasi yang dia dah pakai. telefon bimbit warna biru yang orang panggil telefon baling anjing tu (hodoh betul bunyiknya). rasanya telefon tu paling best didunia ini sebab keypad nya yang best, sedap gila kalau menaip tak pandang pun tak pe, nombor/huruf jenis yang tak tertanggal dan yang penting lasaknya ya'rabbi..kalau kene air pun masih boleh pakai lagi. kan?






tahun 2008 dah tukar telefon lain tapi masih pemberian bapak aku yang dah dia pakai. eh,bunyik memang tak mampu lagi.haha..biasalah time tu tengah sambung belajar nak beli telefon yang murah tak mampu nak beli apatah lagi yang mahal pakai orang kasi jek. model Nokia 6585 punya first time pakai telefon skrin berkala nie tu tak lama mana pakai kejap jek. pakai telefon tu tak berapa best sangat sebab button dia kadang kadang tenggelam. selalu naik hangin kalau nak taip msg. hehe..








tahun 2008 sampai 2009 bertukar lagi guna telefon LG. kira up sikit lah tapi masih pemberian orang lagi. akak aku bagi sebab dia beli package apa ntah dapat free telefon LG tu. model apa aku tak ingat. okeh lah telefon tu cuma takde memory card. dia punya bunyi jangan cerita lah jauh sebatu pun boleh dengar walaupun set volume yang paling rendah. hebat gila kan?? cuba kau bayangkan dekat keliling orang ramai tiba tiba ada orang kol dia punya tone tu, nauzubillah..buat aku rasa malu sangat. mesti orang keliling ingat aku nie pekak tak pun suka berkawan dengan orang tua. nasib merasa sekejap jek. fuhh !




tahun 2009 masa tu tengah praktikal. dapat tempat praktikal pun memang best kiranya boleh demand  lah kalau hari hari kau rajin buat o.t seribu duit elaun praktikal termasuk o.t boleh dapat tapi aku tak lah..rajin pulak kan duduk buat o.t lama lama. memang bukan kemampuan aku nak buat macam tu. masa tu baru keinginan nak pakai telefon bimbit yang canggih sikit, takde lah canggih mana setakat ada memory card boleh simpan lagu banyak banyak dan dapat amek gambar yang gambarnya cantik sikit kira okeh lah janji canggih dari sebelum nie. duit elaun praktikal suruh bapak aku pegang dengan kad bank sekali. senang nanti takde lah terguna kan kalau pegang sendiri. sebulan 400 kalau ada o.t lebih sikit memang kene betul betul tahan diri, tahan setahan yang boleh (kemain ayat aku!).



bila dah cukup bulan (habis praktikal) baru lah decide nak beli telefon apa, eh takde lah decide nak beli yang mana pun masa beli tu main bedal jek apa yang nampak depan mata. (nampak sangat kan aku nie jenis hentam keromoh). asal boleh janji jalan. senang orang yang bela aku nie..tetiba ! telefon bimbit pertama aku beli adalah sonny ericsson k660i. memang puas hati. gambar sangat tiptop tapi apa kan daya tuan badan sangat ganas kalau pakai barang. sob sob ! tapi masih terimpan rapi.







tahun 2010 beli telefon baru untuk kali kedua sebab telefon sony tu ada masalah speaker. nak taknak kene beli juga tapi kali nie beli yang murah bawah 100 jek. nokia 1280. paling murah harga yang aku dapat dan bertahan sampai sekarang. terhempas terbaling tetap macam tu telefon nie walaupun dah banyak calar balar. kira tahan lasak juga lah. ganaskan aku nie? hahaha...








dan sekarang guna lah telefon bimbit mana yang ada..guna sampai rosak sampai tak boleh on semua baru beli yang lain. baru adil kan??





aku nie bukan kemaruk sangat dengan gadget nie tak heran sangat orang lain pakai yang canggih yang penting boleh kol dan msg sahaja. itu sudah mencukupi. tak bazir duit. tu belum maintenance lagi..accessories lagi..itu semua duit.. no no no~





satu jek prinsip hidup aku,
jangan terlalu ikotkan orang
jangan berbelanja diluar kemampuan
jangan membazir benda yang tak penting.







ingat tu kawan kawan...=)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...