Followers

Search This Blog

Anniversary tickers

About Me

My photo
Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥

Monday, 24 June 2013

mak-mak sangat!




nama jek duduk Johor tapi tak pernah jejak kaki dekat JPO apatah lagi LEGOLAND.






SEMALAM, baru menjejakkan kaki ke JPO atas ajakkan (bahasa melayu sangat) makngah yang baik hati nak bawak pergi sana. kalau makngah tak baik hati memang tak akan jejak kaki langsung dekat sana. TETIBA SANGAT. pergi dengan makngah maknanya pergi dengan warga mak-mak la kan, sudah tentu lah mama dengan makdah ada sekali. bila pergi dengan mak-mak nie terasa diri yang masih anak dara nie macam 'mak-mak' juga. giteww. sebelum aku melalut baik aku stop dulu.







kalau dah namanya first time maknanya teruja dia lebih sikit la kan? tapi aku rasa teruja aku sangat banyak. bahaha!






gerak dari rumah 12.30 tengah hari, amek makda dan meneruskan perjalanan ke JPO (teruja sangat). macam biasa lah kalau mak-mak yang bawak pemanduan memang berhemah dan berhati-hati. bangga keluar jalan dengan mak-mak nie sebab terasa lebih selamat dan lagi satu kalau keluar dengan mak-mak nie first time pegang stereng dan pandu kereta pergi tempat yang selalu pergi tak sesat memang tak sah. haha!! tapi ada bagusnya keluar dengan mak-mak nie kalau sesat hati masing-masing tetap tenang dan sabar walaupun lalu jalan itu berulang kali. salute!! kwang kwang!





terasa macam mak-mak pulak tulis entry nie sebab banyak perkataan mak-mak. mak-mak sangat!!






dan sampai JPO pukul 2.30 petang. sampai sana sembahyang dulu makan baru bergerak pusing dalam JPO dalam pukul 3.30 petang gitu.






masuk satu persatu kedai dekat situ, masing-masing eksen macam orang kaya. kedai yang kena beratur dulu baru dapat masuk pun kitaorang masuk juga sebab yelah kan bila lagi nak masuk bila dah ada peluang macam nie kan.. dekat situ ada juga kedai yang tak pernah dengar jenama brand (ah, dah jenama brand lagi). jakun lagi. eh pergi sana kerja aku nak jakun jek tau. haha. tak kelakar pun lah





sepanjang masuk kedai yang ada dekat situ kerjanya nak bergelak jek tau, tu lah padahnya kalau masing-masing berjumpa. ketawa jek tak habis-habis jenis manusia tak toleh kiri kanan buat hal sendiri. Paham??





ada satu jek kedai yang aku sangat teruja kalau masuk kedai tu. bag dia semua best. material dari kulit. kalau beli memang berbaloi lah sebab tahan lama. jenama dia adalah FOSSIL.

berkenan dengan satu sling bag dari Fossil tapi tu lah fulus pulak takde kalau tak memang dah sambar dah sling bag tu. geram jek tengok. tapi apa kan daya boleh tengok pegang dan rasa jek. hukhukhuk sedihnya..







nak tengok tak beg mana yang aku berkenan tu?? hehe..


 semalam memang membelek jek bag nie tapi warna yang aku tengok tu light brown. 
alahaii..time macam nie lah takde duit kan..
sabar wahai hati sabar



yang nie pun berkenan juga.
nampak santai jek
suka la!



dan semalam aku berjaya pujuk mama beli bag dari jenama Fossil. pergghh best gila. muka mak aku puas hati betul. yelah, dia dah lama nak cari bag yang tahan dan mahal sikit akhirnya semalam dapat juga bag jenama Fossil pulak tu. jeles tau!!


bag plastik dia besar gabak



hasil kerja keras selama 10 tahun. beli sempena penat lelah lah tu.





sebelum mama beli, makda beli dulu sebab dia berkenan sangat satu bag warna merah tu. memang cantik sangat lain daripada yang lain kalau tak beli memang akan termenung teringat bag tu. tapi makda beli juga bag merah tu sebab bila keluar dari kedai tu dia teringat. hah kan dah cakap. bukan satu tau tapi 2 bag sekali makda beli. 1 untuk kerja dan 1 untuk raya agaknya. pergh pergh pergh!!





bertambah jeles lah daku laguni. wuuu..




muka mesti ada senyum walaupun tak dapat bag yang di idamkan :)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...