Followers

Search This Blog

Anniversary tickers

About Me

My photo
Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥

Monday, 21 October 2013

blogger yang awesome


rasanya dah lama menyepi dekat sini dek kerana mood hari-hari yang kelaut yang tak reti nak pulang ke darat dan idea yang sangat kering. sob sob



tapi dalam keadaan yang takde mood dan idea yang kering kontang aku rajin berblogwalking. ini best!! suka sangat baca entry dorang yang sangat simple tu kadang-kadang dengan ayat yang simple boleh buat aku gelak terbahak-bahak siap kena tegur 'asal gelak sorang-sorang nie'. hehe..



okeh, tanpa melengahkan masa mari aku perkenalkansorang demi sorang blogger yang awesome itu. jom!


sape tak kenal abang ben ashaari nie?? ruginya kalau tak kenal. dah bertahun dia berblog sampai nak masuk anak no.2. huhu.. entry dia banyak harian yang dia lalui takde gosip artis tiada mengumpat. kebanyakkan cerita pasal anak sulung dia iaitu qhaliff. boleh dikatakan hari-hari juga lah jengah blog dia. aku kategorikan blog abang ben nie blog yang matang dan akan selitkan sedikit pengajaran dan kata-kata peringatan untuk pembacanya. seorang suri rumah bekerjaya. korang jangan ingat berblog nie tak boleh jana pendapatan?? jangan sampai abang ben dengar tau siap korang nanti!! hehehe..





blogger yang kedua nie cik zira namanya dah lama follow sejak cik zira belum habis belajar lagi berkonvo sampai dah kerja, ada buah hati (malu-malu nak mengaku), dah kawen sehingga la ada anak sorang namanya khalisah. pernah jumpa khalisah sangat comel geram sangat tau. masa anak dara dulu rajin mengupdate blog kalau sehari tu mesti 3 entry paling sikit dan sentiasa ada idea untuk menulis tapi sekarang dah kurang sebab banyak tumpukan pada khalisah sorang. suka bergambar dan suka makan (macam aku lah tu).





yang ketiga ofkos lah kak ain cantik kebabom (perlu bunyik kebabom tu). tak dinafikan kak ain memang cantik sangat ada kala kalau makeup muka macam anak patung. plis lah cantik sangat okeh!!. ada anak sorang dina yang tu lagi lah ya Allahhh geram sangat. kalau dapat tu memang gomol-gomol tanak lepas (macam kena rogol jek bunyinya) sebab sangat COMEL!! okeh stop. kalau baca entry kak ain tak pernah kering gusi ayat yang menarik. kalau dapat jumpa kak ain mesti aku non stop gelak sebab aku kan suka gelak mesti orang ingat aku orang gila. haha!!



and last one, cik puan bunga..!!! yeay!! seorang yang sangat selambar badak no hipokrit jadi diri sendiri termasuk ayat dalam entrynya. seorang yang sangat penyayang cintakan family dan kesayangan anak muridnya. wow wow wow!! hebat sungguh beliau. tak follow dari awal pun tapi sekali aku bukak blog macam memanggil-manggil suruh bukak lagi. jujurnya segala pengisian ceritanya memang ikhlas dari hati kalau bab romentik, romentik habis kalau bab marah sumpah seranah habis, kalau sikap keibuan memang terasa habis itu lah cik puan bunga. anak teruna yang serupa anak cina putih dan sepet tu kadang-kadang buat aku tersenyum sendiri bila melihat potretnya itu lah adam namanya.





maka tamat lah cerita blogger yang awesome nie.. sekian terima kasih!






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...