Followers

Search This Blog

Anniversary tickers

About Me

My photo
Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥
Showing posts with label hajat terlaksana. Show all posts
Showing posts with label hajat terlaksana. Show all posts

Tuesday, 1 October 2013

baru jek cakap dah dapat...




haaa....baru jek ngidam dah dapat. nak tau apa dia tu?? scroll lah entry sebelum nie. hehe..





Alhamdulillah...











tinggal ayam mcd jek tak dapat lagi. yang itu tunggu nanti dapat gaji.





Monday, 5 August 2013

percubaan pertama



orang tua-tua kata percubaan pertama memang jarang menjadi. macam semalam belajar buat kuih buah melaka a.k.a ondeh-ondeh. huhu



bahan-bahannya :
  • tepung pulut
  • pewarna hijau/air pandan
  • gula melaka
  • kepala parut
  • garam

 sukat ikut kata hati. hentam saja lah labu..

 gula melaka hiris-hiris

 
 dah siap di-'bol'-kan






 setelah siap. nyumnyum. sedap berganda-ganda






puas hati buat sendiri kalau beli luar lebih tepung dari isi dia. tapi aku buat gula melaka tu tak cair sangat tapi boleh lah..nanti nak buat lagi sebab sedap dan senang. selamat mencuba!






Sunday, 14 July 2013

Snack bijirin




sejak dah tua bangke(tak tua sangat) nie kan memang dah jarang makan snack bijirin nie. memang dah lama sangat tak makan. tiba-tiba kempunan nak makan.






time belajar rajin beli cornflakes sebab antara yang lain-lain cornflakes paling murah. nama pun student kan kena lah cari yang murah sebab duit takde sangat.






tetiba teringin nak makan cornflakes, coco crunch, honeystars and blablablabla tu.






sabtu lepas balik kerja ajak papa pergi singgah giant. beli pek school ada 6 kotak, harga rm7 lebih macam tu. ada 3 jenis setiap satu jenis ada dua kotak.




puas hati. tapi cornflakes jek takde.






sepatutnya makan dengan susu tapi aku ratah jek. sedap juga. sambil ratah sambil tengok running man. hehe





kebetulan sabtu budak kecik dua orang tu balik bagi sorang satu. suka dorang. makan sambil tengok tv. senyap kejap dah habis bising balik. budak-budak kan mana reti duduk diam.






Sunday, 7 July 2013

Biskut Panda




dah berapa kali tengok hanis zalikha post biskut panda dekat instagram dia. eh, korang kenal ke hanis zalikha tu siapa?? kalau tak kenal pergi minta bantuan incik google. hee..




hanis tu bawah aku tau, aku atas dia. eh motif sangat bagitau kau tua kan huda. hahah..LOL




selalu tengok tapi tak pernah beli bila hanis post terus rasa nak rasa. semalam, pergi bank masukkan duit terus ikot bapak aku pergi belanja. bapak aku memang jarang pelawa nak apa tapi semalam dia tanya nak apa. weh, orang dah pelawa jangan sombong sangat amek jek lah kau nak apa. ngertik!! tetiba suara nak berkeras. motif sangat. mihmihmih~




pusing-pusing ternampak biskut tu. wahh..muka teruja sangat. ambil sekotak sebab nak merasa.




comelnya awak-awak semua. haha!!





sampai rumah terus cari dan simpan. nak makan time tengok running man. hehe..





apa yang bestnya biskut panda nie sebab dalam dia ada cokelat cair, biskut yang rangup dan nipis dan paling penting biskut nie ada gambar panda. bertambah comel tahu!!





nampak tu ada cokelat cair dekat dalam dia. 
*maaf yek kualiti gambar tidak memberangsangkan*



nie lagi tak sampai hati nak makan sebab mereka sangat comel.
*maaf yek kualiti gambar tidak memberangsangkan*







dah rasa dah biskut panda nie. memang sedap patut lah hanis suka.


 

Wednesday, 3 July 2013

Manhattan Fish Market



bulan lepas pergi shah alam untuk majlis perkahwinan kawan baik aku dan kesempatan itu dapat meluangkan masa dengan incik sayang sebab dah lama tak jumpa.





dah pasang niat awal-awal kalau dah dekat shah alam nak makan juga Manhattan Fish Market sebab pernah buat entry pasal nak makan dekat situ. SINI





tekad mesti nak juga walau apa halangan sekali pun. haha.. 
nampak tak betapa teringin nya aku nak makan dekat situ.
tapi alhamdulillah dapat juga makan dekat situ.
terima kasih incik sayang.. :)






mencari tempat dia memang satu hal dah jumpa kena beratur pulak. dekat sunway ramai orang kena paham lah kan. tapi tunggu tak lama pun terus dapat kerusi.





time aku makan tu ada promotion untuk makanan set punya.






ambil set 2 oarng yang ada Manhattan Flaming Seafood Platter + salad ada campur dan yang goreng-goreng tu + 2 air.





banyak betul, jenuh nak habiskan set 2orang tu yang boleh makan 3 atau 4 orang. adalah separuh tak habis sebab masing-masing kenyang makan popcorn dekat wayang. agak silap sepatutnya tak perlu makan popcorn tu. nak buat macam mana kan..







orang ramai sangat nasib la makanan sampai cepat. service pun sangat best! tiptop sangat lah dengan makanan yang best, sedap dan banyak. cayalah!! memang lepasnie boleh makan dekat situ lagi.






total semua dalam rm60++






kalau diberi bintang aku bagi 4.5/5 bintang.






tiba-tiba nak lagi. ayokkk....





Friday, 21 June 2013

nak makan dekat Pizza Hut tapi taknak makan pizza boleh??





macam semalam, tiba-tiba tekak teringin nak makan pasta tapi bukan pasta bolognese atau cabonara tu tau, tapi nak pasta oglio olio. kalau rugi jek makan pasta bolognese dengan cabonara sebab boleh buat sendiri boleh buat sendiri






rehat tengah hari ajak office mate pergi pizza hut, cakap dengan office mate "pergi pizza hut tapi taknak makan pizza sebab kalau makan pizza kenyang sekejap jek" dia pun on jek. heee..






pizza hut sekarang kan apa menu untuk hari-hari dia, macam hari isnin ada set menu dia, hari selasa ada menu dia sampai hari ahad. harga murah sikit lah tapi set dia hanya ada 2 jek yang boleh pilih dan air ada satu.






tapi aku amek set untuk sorang makan. amek set pasta. kan teringin makan pasta kena la amek set pasta kan. huhu.. dalam set tu ada air, pasta (boleh pilih) dengan mashroom sup.






tapi oglio takde yang ada prawn olio jek. hukhukhuk (sedih betul)  apa boleh buat makan jek lah prawn olio tu. (sedapkan hati sangat) kang memilih aku juga yang meroyan tak tentu pasal. haa..






makanan sampai jek terus makan perlahan-lahan dengan nikmatnya. muka ada senyum :)





nyumnyum..mebeles



bestkan apa yang kita ngidamkan time tu juga dapat.

Wednesday, 19 June 2013

4 hari yang best!!



aktiviti 4 hari yang lepas sangat best dan untuk pengetahuan korang entry ini entry bunga-bunga cinta bagi aku. haha!! nak tau sebab apa?? kena baca sampai habis lah.




okeh, dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim...




sabtu :
  • bangun pagi siap-siap macam biasa dan pergi kerja.
  • pukul 1 gerak balik terus pergi larkin tiket bus pukul 3.30 petang. 
  • sampai larkin pukul 2 macam tu pergi keluarkan duit dan makan dekat mcd dan tunggu sampai waktu.
  • naik bus. pergi Taman Tun dulu lepas itu Sri Putri. nak dekat pukul 5 juga lah bus baru lepas Tol Skudai.
  • sampai shah alam dalam 9-10 macam tu lah. tunggu incik sayang ambil dekat bustand shah alam. sampai lambat. sabar jek lah wahai hati.
  • dah pesan awal-awal sampai sana benda pertama nak makan adalah buger bakar abang burn tapi tak kesampaian sebab ramai ya rabbi beratur panjang penyudahnya pergi makan dekat lokas. incik sayang pernah makan dekat situ.
  • sampai sana oder buger bakar apa ntah nama dia dengan char kuew tiaw. buger bakar cepat sampai char kuew tiaw lambat.
  • tapau makanan untuk fidah nasi goreng ayam dan terus balik rumah fidah dekat seksyen 18 kalau tak silap.


 char kuew tiaw yang tak best langsung. tawar. lambat sampai. dua-dua tak habis makan.


 buger bakar nie best. besar dan cepat sampai. yang ini habis dulu. share dengan incik sayang



*********************

 

ahad :
  • bangun lambat. dah tengah hari siap-siap untuk pergi weeding kawan baik aku.
  • tema warna biru pink.
  • dah cantik-cantik dengan fidah tunggu incik sayang.
  • majlis dekat dewan. start bersanding pukul 1.
  • sampai sana jumpa ika dengan bf dia.
  • disebabkan tak makan dari pagi perut pun dah lapar. makanan semua sedap-sedap. makan sikit jek, al-maklum la nak diet punya pasal kan.
  • pengantin makan lama sangat kena lah tunggu pengantin habis makan.
  • ambil gambar sikit borak-borak sikit salam-salam dengan pengantin terus balik sebab nak dating dengan incik sayang.
  • balik hantar fidah tukar baju terus pergi sunway piramid.
  • beli tiket wayang pukul 5.30 petang sampai 7 lebih habis cerita tu. lupa tajuk cerita tu.
  • nak makan manhattan fish market. mencari lah macam orang gila tak jumpa. sakitnya hati. last-last jumpa dekat dengan mcd. sabar jek lah
  • sampai jek dekat kedai tu, mak aaiihhh!! ramai gila orang. tunggu beratur dekat luar tapi kejap jek.
  • oder set 2orang tapi boleh makan 3-4 orang. banyak betul!! makan tak habis.
  • cakap dengan incik sayang belanja dia sempena birthday dia. dia gelakkan sebab dah lama lepas. yelah kan, bukan duduk dekat pun jauh, tu jek lah masa boleh sambut birthday dia. nak bagi hadiah memang takde lah kan. hehe



 selamat pengantin baru chokoz. bini lawa!



 lepas juga hajat nak makan dekat sini dan nak belanja incik sayang



 bunga-bunga cinta betul lah. 
hikhikhik!!



*********************



 isnin :
  • hari isnin dah sedih sebab dah nak balik joho tinggalkan incik sayang.
  • pada mulanya nak balik sendiri pergi TBS naik train sebab dah lama tak naik train. dulu belajar nak pergi jalan-jalan memang naik train tapi incik sayang baik hati nak hantar pergi TBS. yeay!!
  • tunggu incik sayang balik kerja pukul 3.30
  • ngadu dengan incik sayang nak makan dulu sebab lapar dia tanya nak makan dekat mana, cadangkan dekat mcd sebab nak belanja dia makan set baru tu Mc Wrap tapi incik sayang taknak lepastu cakap nak makan dekat Pak Ali. mula-mula dia pikir jem kalau makan situ tapi dia kesian kan gf dia sorang nie hah takut kempunan sebab tak bawa. hehe..
  • oder makan. aku makan hokkien kuew tiaw dengan abc. incik sayang makan roti bakar dengan white coffee. suruh ambil yang lain dia taknak. malu kot incik sayang kita nie. blueekk!!
  • borak-borak sebab nak balik da. pukul 5 gerak pergi TBS. sedihnyaa
  • tiket bus pukul 6.30
  • duduk berborak ambil gambar lagi.
  • dah tiba masa kena tinggalkan incik sayang. wuuu sedihnya...lambai-lambai
  • sampai rumah dalam pukul 11 malam macam tu. penat sebab bus tu berhenti muar dengan batu pahat.
  • lepastu rindu incik sayang

 ABC yang nyumnyum. white coffee yang pahit bak kata incik sayang


 ini sedap. makan separuh-separuh. paksa dia makan



 dah balik da..dah sampai rumah da..dah kerja da.. hehe





*********************
 

 
selasa :
  • masih mood bercuti
  • ajak papa pergi pejabat KWSP dekat johor
  • sampai sana settlekan hal 5minit jek uruskan hal lepas tu terus balik. tak best betul jalan sampai ke johor lepastu terus balik. hukhukhuk
  • perjalanan nak balik papa ajak pergi mcd dekat pontian. teringin nak naik atas katanya. aku apa lagi orang nak belanjakan. laju jek lah.
  • tunggu mama balik mengaji baru pergi.
  • sampai sana aku ambil set ayam mama papa makan set bbq smokin beef apa ntah.
  • makan sambil berborak hal sekeliling. hehe

 muka nak pergi pejabat KWSP
tanpa secalit bedak dan celak pun
pucat bak kata incik sayang


 harta dunia dan akhirat





cuti lama memang hilang stress. masuk kerja balik stress balik.





pape pun aktiviti minggu lepas sangat best sebab dapat luangkan masa dengan incik sayang. lepasnie bila lah boleh jumpa lagi. tunggu puasa nanti ke tak pun raya. ntah-ntah takde. pasrah jek lah kan dah jauh nasib lah masih dalam alam bercintan cinton kalau dah kawin. huaarrrgghhh.. merepek jek aku nie.






Monday, 27 May 2013

Dayah TUNANG : Mini Pelamin





nak kongsi serba sedikit tentang hari pertunangan akak aku dayah pada hari sabtu lepas. Alhamdulillah semuanya selesai dan berjalan dengan lancarnya. Dayah pun dah bergelar tunang orang setelah sekian lamanya. Darah manis tu.. hehe.




untuk setiap kali entry pasal "Dayah TUNANG" akan disertakan dengan gambar yang happening sekali. tak caya??? tunggu entry seterusnya. heheh!!




okeh.
untung entry ini nak bercerita sedikit tentang mini pelamin. yes, sekarang kan tengah trend bertunang ada mini pelamin tak terkecuali bagi majlis tunang akak aku.




untuk tunang akak aku takde lah tempah pelamin mahal-mahal dekat butik sana tapi buat sendiri sahaja. just simple-simple jek. jimat sangat kos sebab kita buat pun mana yang mampu kan. kalau nak bergambar ada lah tempat cantik sikit untuk ambil gambar. takde lah dinding kosong jek kan.



  
mari tengok hasil mini pelamin akak aku.
(maaf yek gambar nie dari fone aku. tak berapa nak clear sangat.)









hanya bermodalkan kain krim, bunga, hiasan belakang dengan sarung bantal jek. meja kecik kiri kanan makcik aku punya, bantal sedia ada dekat rumah, plat form abang ipar aku punya, alas plat form carpet sedia ada dan pasu bunga sedia ada. jimatkan??






susun jek lah kasi kemas dan cantik dah jadi pelamin mini. ini semua idea makcik, mak n akak aku. aku?? pasang tirai belakang, bunga atas dengan setting mana yang senget. hee..






okeh tutup pasal entry pelamin mini, esok bercerita pasal lain pulak yek. harap korang tak bosan tau. tata titi tutu..




Sunday, 19 May 2013

Maggi cup





masa balik kerja hari sabtu lepas kan ada sorang cina tu beli barang, dalam beg plastik tu ada maggi cup. ada 4 maggi cup tapi jenis mangkuk yang besar. geram jek tengok tau pulak tu dah lama sangat tak makan maggi yang jenis cup selalu makan yang bungkus punya. memang tak puas hati lah tengok maggi cup cina tu, sakit hati jek tengok. *T E T I B A*





balik karang suruh papa singgah giant semata-mata nak beli maggi cup. tak pedulik nak juga!! (macam budak-budak)






 jenama mamee
kari berapi dan kari extra pedas





beli 2 maggi cup, vitagen, yakult dengan kacang berempah. beli tu semua dah 20lebih da. ish ish ish






sampai rumah tak sempat bukak helmet tudung semua terus jerang air. ah semangat beno kau nie kan.






makan kari extra pedas dulu yang lagi satu ingat nak simpan tapi papa ngendeng. bagi jek lah kang tak bagi derhaka pulak. haha. kari extra peda memang pedas. best sangat. makan time panas-panas.




pedas panas
peerrgghh memang mantop bom bom!
ohver sangat






kalau mengidam sesuatu kena dapat terus kalau tak macam orang sasau tak habis-habis. incik sayang kena dengar rintihan gf dia nie tak habis-habis bercerita pasal makan. nasib lah labu sape suruh kapel dengan orang kuat makan kan dah susah. hehehe..






lagi satu bapak aku memang rajin melayan aku. suruh pergi sana dia pergi sana, suruh pergi sini dia pergi sini. apa aku makan mesti dia nak ngendeng penyudahnya dia ejek aku gemuk.bestnya dapat bapak macam ini. *senyum sinis*






Monday, 15 April 2013

Restoran Black Canyon




selalu dengar orang cerita
selalu baca dekat blog
tapi hari ssabtu yang lepas tercapai juga hajat aku nak merasa makanan dekat Restoran Black Canyon.




sabtu lepas berjimba dengan Qida(sepupu) dan Bob




tengok wayang tapi tak tau nak tengok cerita apa, penyudahnya tengok cerita The Lost. boleh lah... tiket wayang pukul 3. time beli tiket pukul 2.30. kalau nak makan sempat tak sempat kena makan laju-laju sampai tercekik. BOLEH??




penyudahnya makan juga sebab ikot kehendak sepupu aku. layankan. aku ajak pergi Restoran Black Canyon. oder makanan 3'3 sama jek cuma air lain-lain.












sepupu aku nak oder makan punya lah lama sangat nasib makanan sampai kejap. kejap dia pun nak dekat pukul 3 juga. makan memang kene makan laju-laju dalam 5minit macam tu kot kita orang ambil masa nak habiskan makanan tu rasa macam nak tercekik jek makanan dapat panas-panas. sabar jek lah time nak telan makanan tu. nak kejar tiket pukul 3 punya pasal kan..huhuhu...




makanan semua sedap-sedap. air pun sedap juga. nanti boleh try menu yang lain pulak. lain kali.





Tuesday, 8 January 2013

sushi





mengidam teruk sangat, akhirnya dapat juga tapi tak puas mana sebab orang lain makan lebih. takpe..sabtu nie kene dapat kan juga walaupun dapat makan dua sushi lagi.












Monday, 7 January 2013

Orang lain ada aku pun nak ada juga




Orang lain ada aku pun nak ada juga?? apa lah yang ada ada nie ek.




 tengok kotak saja sudah menggoda sebab sangat cantik dan comel gambar kasut dekat penutup kotak tu. 






 nak tengok tak rupa kasut di dalam kotak itu??


-


-


-


-


-


-


-


-


-


-

-


-


-


-


tarrraaa ~~




suka sangat sebab sangat simple yang penting tapak dia tak bergoyang. 
ada sesetengah wedges tapaknya bergoyang goyang. suka ! suka ! suka !





ada dua warna sahaja. hitam dengan merah. tapi tertarik pada yang merah nie.






orang lain ada aku pun nak ada juga walaupun sepasang. first time beli nie sebelum nie tak pernah beli yang tinggi. boleh bangga diri. hahah..kemain !!






nanti boleh lah bawa pergi kenduri kahwin ke dating ke kan..nak berjimba pakai nie rasanya lebih baik aku pakai flat, seliper atau kasut tutup penuh. baru selesa sikit berjalan tu. heee..













*sudah ada sepasang, mana tau tiba tiba terminat nak beli lagi sepasang ke..sape tau kan.*



Sunday, 6 January 2013

Vivo




masih ingat lagi tentang aku teringin makan Vivo dengan incik sayang tak tak dapat?? kalau tak ingat kelik SINI




dan sabtu lepas dapat juga makan tapi bukan dengan incik sayang lah. makan di Jusco Bukit Indah.



bawah nie antara menu untuk 2orang. jangan terkejut yek.




air aku warna hijau(lemon kiwi float). air yang paling sedap. bananaram dangan juga air cokelat apa ntah namanya.

 tuna with mayo pun sedap juga

 sausage and mushroom baked pasta kot nama nya. haaa.. ini paling mebeles. sedap teruk tau !!

pizza italian deluxe



total semua dalam rm76 ringgit sahaja. tak mahal sangat mahal makanan suma sedap sedap belaka. kenyang sampai malam tau.






beli pizza tu yang 6slice dapat free air. bananarama pilihan aku tapi tak sedap pun sebab tak tau nak pilih yang mana. merasa sikit nanti kang kempunan pulak. heee.. sebab tu ada 3air.






nanti nak makan sini lagi dengan incik sayang pulak. =)


Wednesday, 13 June 2012

pai tee chicken rice shop



saja nak bagi besar gambar ni



kalau dekat chicken rice shop suka makan pai tee. selalu kalau makan dekat situ amek set nasi bagi kenyang tu lama sikit. kalau set ambil set nasi semestinya ada nasi + ayam (boleh pilih) + pai tee (nie paling best) + air (boleh pilih) + sup + nata de coco (pencuci mulut).






kalau amek set nasi memang puas makan kalau nak banding kan amek set mee.






kalau lah dapat makan pai tee nie kan memang rasa best betol dengan kerangupan nya..isi dalam nya yang best tu lagi - lagi makan dengan sos dia, masam - masam pedas tu..peeerrggghhh!!! nikmat sungguh rasa nya..





tibe - tibe tengok gambar nie macam nak ajak incik sayang makan pulak lah..haiisshh..nafsu makan betol lah. HEHE!!







p/s kalau dah kaki makan tu bagi apa semuanya best...







sekian..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...