Followers

Search This Blog

Anniversary tickers

About Me

My photo
Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥

Sunday 3 November 2013

Sabtu dan Season's Cafe



Hari sabtu hari dating tau (sambil muka bangga). HAHA!! gebang sangat kau hek!





4bulan juga la tak jumpa. rindu dia jangan cerita memang rindu sangat apa boleh buat bercinta jarak jauh. okeh stop!




masa hari sabtu tu macam takde hala tuju.




memula pergi jusco bukit indah sebab nak tengok wayang n nak makan kenny roger sebab teringin sangat tapi ya Allah...ramainya orang. dah parking dan dah masuk jucso dah pergi tempat wayang panjangnya beratur sampai ke eskelator. tak sanggup nak tunggu. lepas tu kengkonon nya nak cucuk duit tapi bila pikir balik tak payah lah mesti orang ramai penyudahnya keluar balik jusco. haha.




dah keluar tu pergi KSL pulak pun penuh juga nak masuk parking tu. haisshh..




pusing lagi pergi Plaza Pelangi tengok jam dah pukul 3 lebih perut dah lapar sangat sebab dari pagi tak makan. pusing-pusing dalam tu ada Mcd, Secret, Nandos, Season dengan Stone Grill jek. so ajak incik sayang makan dekat Season Cafe dia tu hah. banyak menu. dua-dua tak pernah makan so kena cuba lah sedap ke tidak.



chicken chop teriyaki with rice + ais lemon tea (aku punya)
piza chicken teriyaki + aiskrim cokelat crunch (incik sayang punya)
tambah mushroom sup




komen : alarh tak sedap pun..yang aku oder dengan incik sayang masin. makan tak habis pun ada lah tinggal sikit. kalau nak makan sini biar betul-betul-betul teringin jek baru boleh makan kalau saja-saja baik makan tempat lain yang lagi sedap. huhu




orang tak ramai pun..lepas makan borak-borak lepastu incik sayang ajak juga pergi tengok wayang. dia ajak pergi Leisure Mall sebab tak ramai orang (nie dia cakap la) sampai sana memang lenggang cari-cari rupanya TAKDE da!! hahaha..dah takde tu apa lagi keluar balik lahh!! 




dah keluar tu lalu dekat danga bay pusing sana ternampak JOHO concept. masuk sana ingatkan besar lah rupanya masuk pintu jek eh tu jek. maknanya ruang yang sangat kecil. baju takde lah banyak mana pun design pun tak banyak. penyudahnya keluar balik. adoii memang keluar masuk jek lah.. kesian betul..



lepas tu dah balik..sebab dah tak tau nak pergi mana. tengok wayang tak dapat makan kenny tak dapat semua tak dapat. keciiiwa betull. huhu. takpe lepasnie kena pastikan semua dapat.





akhir sekali, gambar kami berdua. :)




Wednesday 30 October 2013

tahniah abang ipar!!



tiga dari kanan



ahad lepas abang ipar aku yang sorang tu konvo dekat utm skudai johor. mama, papa, teha, kakak hairah, abang hadif, aku, mak abang munir, bapak abang munir dan kak long turut hadir bagi memeriahkan majlis konvokesyen tu. 



disebabkan ramai terpaksa guna dua kereta. aku, kak long dengan mak abang munir dan abang munir pergi dulu seawal 6.15 pagi sebab daftar pada pukul 6.45. mata aku memang separuh jek.



bila dah datang awal sudah tentu dapat masuk dalam dewan tu. yeay!! dia punya teruja tu lain macam. first time merasai kemeriahan dalam dewan selalu duduk luar sesak-sesak tengok dekat skrin jek kalau dapat duduk jangan lah kau bangun nanti menyesal seumur hidup. sungguh.



sebelum aku melalut baik aku stop dulu, tujuan untuk buat entry ini nak ucap TAHNIAH KEPADA ABANG MUNIR YANG BERJAYA MEMPEROLEHI DEGREE. kbai


1bulan, 2bulan, 3bulan, 4bulan



Ah, lamanya rasa..





harap sabtu nie jadi lah yek..






jangan buat aku kecewa untuk yang ke-100 kali kalau tak jadi
haha.. (over sangat)







bukan itu sahaja,
kalau tiada aral melintang tegak lurus boleh jumpa budak cinonet tu
nanti cik huda jumpa awak k budak cinonet







kena gunakan masa sepenuh hati jiwa dan raga (kemain ayat)






tak sabar rasanya,
cepat la masa berlalu sebab dah lama tunggu saat ini






nak melaram nak melawa nak cecantik
nak makan sesedap





terujanya perasaan  ini




bersabar yek wahai hati :)





G Wrap yang menggoda hati



sakit hati bila setiap hari tengok iklan dia, pulak tu hari-hari lalu mcd dia punya sakit hati tu lain macam. macam nak mati pun ada. benar-benar sakit hatiku. kuikuikuikui.



kadang-kadang benda macam gini kena pujuk hati kawal diri dan musabahkan diri supaya tergolong orang yang baik-baik saja sebab takot diluar kemampuan nanti. bahahaha. (apa aku merepek nie)



kau punya rupa buat aku tak senang duduk




Monday 21 October 2013

blogger yang awesome


rasanya dah lama menyepi dekat sini dek kerana mood hari-hari yang kelaut yang tak reti nak pulang ke darat dan idea yang sangat kering. sob sob



tapi dalam keadaan yang takde mood dan idea yang kering kontang aku rajin berblogwalking. ini best!! suka sangat baca entry dorang yang sangat simple tu kadang-kadang dengan ayat yang simple boleh buat aku gelak terbahak-bahak siap kena tegur 'asal gelak sorang-sorang nie'. hehe..



okeh, tanpa melengahkan masa mari aku perkenalkansorang demi sorang blogger yang awesome itu. jom!


sape tak kenal abang ben ashaari nie?? ruginya kalau tak kenal. dah bertahun dia berblog sampai nak masuk anak no.2. huhu.. entry dia banyak harian yang dia lalui takde gosip artis tiada mengumpat. kebanyakkan cerita pasal anak sulung dia iaitu qhaliff. boleh dikatakan hari-hari juga lah jengah blog dia. aku kategorikan blog abang ben nie blog yang matang dan akan selitkan sedikit pengajaran dan kata-kata peringatan untuk pembacanya. seorang suri rumah bekerjaya. korang jangan ingat berblog nie tak boleh jana pendapatan?? jangan sampai abang ben dengar tau siap korang nanti!! hehehe..





blogger yang kedua nie cik zira namanya dah lama follow sejak cik zira belum habis belajar lagi berkonvo sampai dah kerja, ada buah hati (malu-malu nak mengaku), dah kawen sehingga la ada anak sorang namanya khalisah. pernah jumpa khalisah sangat comel geram sangat tau. masa anak dara dulu rajin mengupdate blog kalau sehari tu mesti 3 entry paling sikit dan sentiasa ada idea untuk menulis tapi sekarang dah kurang sebab banyak tumpukan pada khalisah sorang. suka bergambar dan suka makan (macam aku lah tu).





yang ketiga ofkos lah kak ain cantik kebabom (perlu bunyik kebabom tu). tak dinafikan kak ain memang cantik sangat ada kala kalau makeup muka macam anak patung. plis lah cantik sangat okeh!!. ada anak sorang dina yang tu lagi lah ya Allahhh geram sangat. kalau dapat tu memang gomol-gomol tanak lepas (macam kena rogol jek bunyinya) sebab sangat COMEL!! okeh stop. kalau baca entry kak ain tak pernah kering gusi ayat yang menarik. kalau dapat jumpa kak ain mesti aku non stop gelak sebab aku kan suka gelak mesti orang ingat aku orang gila. haha!!



and last one, cik puan bunga..!!! yeay!! seorang yang sangat selambar badak no hipokrit jadi diri sendiri termasuk ayat dalam entrynya. seorang yang sangat penyayang cintakan family dan kesayangan anak muridnya. wow wow wow!! hebat sungguh beliau. tak follow dari awal pun tapi sekali aku bukak blog macam memanggil-manggil suruh bukak lagi. jujurnya segala pengisian ceritanya memang ikhlas dari hati kalau bab romentik, romentik habis kalau bab marah sumpah seranah habis, kalau sikap keibuan memang terasa habis itu lah cik puan bunga. anak teruna yang serupa anak cina putih dan sepet tu kadang-kadang buat aku tersenyum sendiri bila melihat potretnya itu lah adam namanya.





maka tamat lah cerita blogger yang awesome nie.. sekian terima kasih!






Sunday 6 October 2013

Selamat Pengantin Baru Puan Shadia



jumaat lepas sepupu aku selamat di ijabkabul kan. Alhamdulillaahhhh... majlis akad nikah buat dekat rumah pengantin perempuan jek. jam 3 lebih sepupu aku Shadia sudah bergelar isteri. Tahniah tahniah tahniah!!




sah menjadi isteri Aizat.
hai Puan Shadia!!


keesokkan harinya (sabtu) majlis resepsi. 




suasana sangat meriah
makanan best
pengantin CANTIK
baju pengantin CANTIK
dapat berkumpul beramai-ramai
dapat gotong-royong ramai-ramai
 gelak tawa dengan sanak saudara
senang cerita semuanya best-best belaka



akhir kata,

SELAMAT PENGANTIN BARU
SHADIA & AIZAT








 * tuan punya blog tak bergambar sangat*



Tuesday 1 October 2013

baru jek cakap dah dapat...




haaa....baru jek ngidam dah dapat. nak tau apa dia tu?? scroll lah entry sebelum nie. hehe..





Alhamdulillah...











tinggal ayam mcd jek tak dapat lagi. yang itu tunggu nanti dapat gaji.





Monday 30 September 2013

dia sudah kembali...




kepingin bangat nie... waduh waduh.. gi mana.. huhuhu..





menggoda sungguh leerrr...



 nie pun nak juga..





bila mau dapat nie...






Sunday 29 September 2013

video arissa



sejak dua menjak nie malas nya nak mencari idea nak buat entry baru. jengah blog sendiri lagi la kelaut. sabo jek lahhh...




okeh, aku nak kongsikan sedikit video untuk tatapan korang. alarh..saja nak kasi tunjuk..kalau aku rindu aku buka la blog sendiri kalau aku tak rindu korang tatap la blog aku nie. mihmihmih..




bawah nie video arissa dapat mainan baru tengok aksi dia macam mana.











tolong ignorekan suara sumbang yang tak berapa nak enak tu.




banyak lagi reaksi arissa tapi tak sempat nak rakam macam bila sebut nama dia nanti dia menyahut sambil nampak gigi dia yang banyak tu, kalau kita joget-jogetkan tangan nanti dia ikut sambil tersengih dengan "baba tu bulan" nanti dia ikut.




*rindu arissa sekarang nie*




Thursday 26 September 2013

Meatball Ikea




tekak nie tengah bermanja mintak meatball Ikea. jauh pulak tuuu...



last makan dengan incik sayang masa konvo aku. habis konvo terus pergi sana dengan baju kurung huhu..lepas tu takde makan da.sekarang nie nak meatball. wuuu..



ada sape-sape yang baik hati tak nak bawak aku pergi makan dekat buger bakar abang burn. eh tapi ada ke dekat johor?? alaarr..nak sangat lahh.. dah lama tak makan.. incik sayang jauh pulak tu (muka seposen)



meatball tengah memanggilku...
(sambil urut dada)





memang nak sangat niee.. :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...