Followers

Search This Blog

Anniversary tickers

About Me

My photo
Nurulhuda abd Hamid | Mempunyai badan yang BAM BAM | MAKAN und FOOD makes me HAPPY ♥♥ | Suka dating dengan AZRI RAHMAN ♥♥

Tuesday 30 July 2013

Tips untuk diet mudah, cepat, sihat, gembira dari Hanis Zalikha dan Fatin Liyana



tengok tu first time tulis tajuk entry panjang macam gini. panjang bebenau kau.. huhu




nak share sikit lah apa yang menarik, berkesan, dan free dekat korang boleh dimanfaatkan oleh korang diluar sana terutamanya diri sendiri. giteww




sekarang nie kan aku tengah semangat berkobar-kobar untuk kuruskan badan supaya lebih sihat dan lebih teratur dan ambil kesempatan dibulan ramadhan nie lagi cepat membantu.





sebelum membebel tanpa hala tuju mari kongsikan tip yang bernas dari hanis :


breakfast:
amat penting sebab tanpa breakfast kau akan makan banyak pada waktu lunch dan kebiasaannya makan untuk lunch lagi tinggi kalorinya dan automatik akan makan lebih bila waktu lunch.


kalau boleh jangan skip sarapan kena makan walaupun tak banyak seperti roti dengan milo. lagi satu hanis suggestkan sarapan tu like king maksudnya makan lah sebanyak mana pun takpe kasi mewah sebab kau akan bekerja memerlukan pergerakkan dan tenaga yang banyak time buat kerja dan membantu membakar kalori. so jangan segan silu bila sarapan pagi dengan kuantiti yang banyak. hehe





lunch:
untuk makan tengahari pulak korang mesti jadi rambang mata sebab banyak sangat pilihan lauk so ambil dua lauk sahaja seperti ikan dengan sayur atau ayam dengan sayur. elakkan pengambilan lauk pelbagai jenis takut nanti selera makan akan bertambah sebab lauk sedap sangat.


kalau ikut sunnah nabi makan buah dulu baru makan nasi sebab buah lebih cepat hadam jadi ia tak jadi toksik kalau berada dalam perut berbanding nasi. 






konklusinya begini. MAKAN BUAH SEBELUM MAKAN NASI SUPAYA TAK TERINGIN MAKAN BANYAK NASI, SO TAK DEBAB. BADAN JUGA SIHAT KERANA MAKANAN TIDAK MENJADI TOKSIK DALAM PERUT.





minum petang:
bagi aku tak makan pun takpe tapi kalau rasa harian korang tak lengkap tanpa minum petang takpe dimaafkan. ini aku yang cakap eh bukan hanis sendiri.



dinner:
kalau ikutkan hanis boleh jek makan sebab kena ajar metabolisme badan untuk buat kerja kalau dia tak makan nanti dia tak bekerja tapi kalau kita selalu tak makan pulak badan naik sebab sekali dapat makan malam nanti kita akan ambil makanan tu dengan kuantiti yang banyak maka akan jadi debab.













itu serba sedikit tips dari hanis zalikha. untuk tips dari fatin liyana pulak:



1. jangan crash diet
maksudnya jangan diet secara mengejut sebab cara diet kau tu salah. korang akan turun berat badan secara mendadak tapi korang kena tahu yang turun itu bukan lemak tapi water volume dalam badan secara automatik metabolisme akan turun lepastu sat lagi kau lapar, kau bedal balik nasi banyak-banyak. kan dah buang karen.



2. jangan skip meal
jangan sesekali skip makan. macam aku sendiri makan ikut waktu tapi kuantiti tu kena jaga. orang kata apa berhenti sebelum kenyang sebab nanti aku akan makan lagi sekali untuk tenaga akan datang. paham tak??




3. hapuskan makanan ringan
macam fatin sendiri cakap "calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi. dalah tak kenyang tambah gemok lagi". maka kena kurangkan makanan ringan dan juga makanan tidak berkhasiat tu. kalau korang lapar makan jek milo dengan roti dah cukup mengenyangkan.




4. get active
maksudnya kena bersenam. orang macam aku memang kurang bersenam apatah lagi keluar peluh. memang jauh sekali. so dengan cara yang mudah kalau korang drive parking kereta jauh sikit. berjalan kaki sikit tapi jangan jalan lenggang kangkung memang kena pelangkung dari belakang. haha!! tak pun naik tangga dari guna lif atau nak paling best pergi kacau anjing tidur kompem korang lari tak berhenti. wakaka





tapi sekarang nie cara diet aku macam fatin liyana, makan ikut time tapi kurangkan kuantiti makan, makanan ringan dah kurangkan tapi dulu pun kurang makan air gas pun sama juga cuma sekarang nie kurang bersenam kalau keluar peluh pun time kemas rumah. huhu





sekarang nie nak kata aku kurus sangat tu idok lah tapi berat badan memang dah kurang. dulu berat aku hampir 55 tu pun dah nampak kegemukkan lagi-lagi bahagian pipi, dagu, perut dan peha. banyak sangat tomahan yang tak best aku dengar terus tekad berdiet secara perlahan dan sekarang berat aku jadi 50. syukur sangat. lagi berapa hari jek lah lagi nak puasa lepas tu raya nanti raya pun cuba control diri tengok makanan yang sedap-sedap tu. huhu




jom hitung lagi berapa hari lagi nak raya :)




2 comments:

fatimah said...

perkongsian yang sangat menarik admin. Saya pun ada share tip kurus di blog saya. Jemputlah melawat. http://bit.ly/tipcantikdanlangsing

Unknown said...

Saye tak makan nasi buts saye mkn tlor rebus, ubi keledek, ikan, sayur2,buah.Jngan lupe exercise ye. Tak guna diet. Kalau tak bersenam. Cardio

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...